Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil, dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipu daya syaitan laknatullah. Semoga apa yang disampaikan ini memberi manfaat kepada kita semua...

kami tidak berzina!
maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

kami hanya berbual-bual,berbincang,bertanya khabar,minum-minum...adakah itu menghampiri zina
ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya kelembah perzinaan

kami dapat mengawal perasaa dan kami tidak berniat ke arah itu
hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama. Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta enjurus kearah penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar sms sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan hati bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu bolah membawa kepada penzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan(berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan(menuju ketempat pertemuan). Mulut juga berzina zinanya ialah ciuman(muslim dan abu daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak bolehke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran,betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Balajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group? nampak lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai skit. Kalau duduk berdua-dua macam ni....betulke bincang pelajaran?jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Ambilla iktibar dari apa yg tertulis di atas...actually dah lama nak post benda ni,asyik tergendala je....

1 comments:

zati said...

pnh bc artikel ni..