Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil, dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipu daya syaitan laknatullah. Semoga apa yang disampaikan ini memberi manfaat kepada kita semua...

kami tidak berzina!
maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

kami hanya berbual-bual,berbincang,bertanya khabar,minum-minum...adakah itu menghampiri zina
ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya kelembah perzinaan

kami dapat mengawal perasaa dan kami tidak berniat ke arah itu
hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama. Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta enjurus kearah penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar sms sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan hati bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu bolah membawa kepada penzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan(berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan(menuju ketempat pertemuan). Mulut juga berzina zinanya ialah ciuman(muslim dan abu daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak bolehke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran,betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Balajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group? nampak lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai skit. Kalau duduk berdua-dua macam ni....betulke bincang pelajaran?jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Ambilla iktibar dari apa yg tertulis di atas...actually dah lama nak post benda ni,asyik tergendala je....


TIKA DINIHARI


oh tuhanku tiada indah di malam yang hening,
melainkan dengan bermunajat kepadaMu,
tiada indah satu hari yang aku lalui,
kecuali dengan patuh kepadaMu

oh tuhanku tiada indah hidup didunia,
melainkan berzikir dan menyebut namaMu,
tiada indah tiba diakhirat Mu abadi,
kecuali dengan keampunanMu

ya Allah tuhanku,
ynag merubah kalbu,
tetapkanlah hatiku,
moga sentiasa dalam agama Mu,
jua taat akan perintahMu

tuhan usah bebankan kami,
dengan bebanan yang berat,
seperti yang pernah kau berikan,
kepada umat yang terdahulu dari kami,
tuhan jangan pikulkan kami,
yang tidak kami terdaya,
maafkan salah kesilapan,
ampunkanlah dosa-dosa,
rahmatilah kami...


Lagi satu lagu dari kumpulan niyang aku minat giler ialah lagu kekasih,dibawah ialah lirik bagi lagu yang aku minat giler ni :

kasih telah terbina sebuah mahligai,
menjadi tanda agungnya cinta kita,
kasih telah kubinakan sebuah istana,
menjadi tanda cinta sejati.

mekar menghiasi taman kasih kita,
dan diiringi haruman firdausi,
dikaulah permaisuri dihati suami,
penyejuk mata penenang dihati,

tapi angin yang mendatang,
bagaikan badai yang melanda,
kau pergi dulu tanpa menungguku,
kerna takdir kurelakan jua.

kekasih akan kupahatkan doaku,
didalam lena dan jua jagaku,
kekasih akan kusirami pusaramu,
dengan cinta sejati.

oh andai takdir kita bersama lagi,
kuingin hidup bahgia bersamamu.....

sedih siot lagu ni...yang penting best!!!!!

" di antara tanda - tanda kebesaranNya ialah Ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram disampingnya dan dijadikan diantara kamu kasih sayang dan belas kasihan . Semuanya itu menjadi tanda - tanda bagi orang - orang yang berfikir " surah ar - rum ayat 21....

apa yang aku nak celoteh kali ni takde kene mengena pun ngan apa yang tertera kat atas....lagi seminggu aku nak exam final...dan dikala didalam diri ini semangat untuk study tu berkobar-kobar,tetiba dapat cold! ala selsema! ish hampeh betul.....nasib baik ari ni cuti n esok pun cuti,harap-harap isnin nanti okla. sgala result exam aku bagi mid sem punya exam langsung aku tak ambik tau,aku pun tak tau napa diri ini mengambil keputusan sedemikian rupa,maybe nak tumpu pada final ni kot...my best fren yang banyak membantu team nawang(nasyid+jiwang) kat SEMESTI dulu kini dah berada di Rusia buat medic....gud luck man! rasanya itu je yang aku nak celotehkan malam ni,mata dah nak tertutup ma!!!

devotess..
ni group baru muncul under waheeda...baruje timbul salah satu lagu dia terus jadi first carta NMI...berikut ialah lirik lagu yang diminati oleh diri ini:

MAHAR CINTA

andainya engkau dapat mendengarkan,
suara dihatiku melagukan rindu,
kiranya engkau mampu mentafsirkan,
setiap bait kata-kata yang terungkap.

pasti dirimu kan memahami,
harapan kasih yang terbina,
sekian lama disudut hatiku,
hanyalah untukmu.

bukanlah aku sengaja melindungi rasa dijiwa,
kerna bimbang diri ini leka,
dihanyut angan dan mimpi indah hingga terabai segala cita,
kerna khayalan tak menjanjikan,
segunung kebahagiaan,
sebagai mahar hantaran.

apakah mungkin engkau mengerti,
setiap cinta yang dilafazkan,
bukanlah sekadar mainan,
tetapi sebuah janji.

andainya engkau dapat mendengarkan,
suara dihatiku melagukan rindu,
kiranya engkau bisa mentafsirkan,
setiap bait kata-kata yang terungkap.

pasti dirimu dapat melihat,
rahsia kasih yang terpendam,
sekian lama disudut hatiku,
hanyalah untukmu,

selamanya....


best betul lagu ni......