Seputih salju

~~hujan~~


Seputih salju seharum wangi kasturi

yang menerjah indahnya seri pagi

mengiringi gemilangnya hari yang engkau lalui

moga tersemat menyubur dihalam memori


Sejernih air dikali

sesuci air mata yg berguguran

mengharap sinar kemilau dihari mendatang

untukmu, buatmu, hanya padamu


Bebintang mengerdip permata malam

beburung bernyanyi alunan hati

kian menerpa mentari pagi

seiring alunan angin mendamai jiwa

semuanya indah nian

menemani hari ini

harimu

hari milikmu

semoga berkekalan, berpanjangan

~~~selamat hari lahir~~~



Pertamanya, alhamdulillah Allah masih memberi kita kesempatan utk mengetuk kembali gerbang Ramadhan stlh setahun kita tinggalkan. Semoga hari-hari yg mendatang di dalam bln ramadhan ni dapat kita penuhi dgn apa jua amal kebajikan dan semoga ianya diterima-Nya.

Utk post kali ni, saya still akan sentuh bab cinta, hehe...ramai gak complaint, napela asyik cintan-cintun je ni. Basically, bg saya, saya lebih prefer ckp bab ni, sbb nk ingtkan diri saya terutamanya. Saya cuma manusia biasa, iman taktaula senipis ape, ntah2 lg nipis dari kulit bawang, huhu...anytime je boleh terpeleot...huhu

okla....

Semalam( 7 Sept ) saya ke bandung, singgah BIP(Bandung Indah Plaza), singgah kedai buku kat 3rd floor kot kalau tak salah, terus ke kawasan novel. Bahagian tu betul2 depan pintu dia, so mmg wajib la singgah situ dulu. Then tgh belek2 novel2 tu, saya ambil satu buku ni, nipis, tak ingt tajuk dia, tapi dekat belakang tu ade satu dialog, dan perkataan yg paling segar dalam ingatan saya berkenaan dialog itu ialah " BERCINTA UNTUK SURGA " .

First skali, jgn salah sangka. ia tak bermaksud bercinta sebelum kahwin. Kalau tak salah saya dialog dia camni, dialog antara seorang bapa dengan anaknya, lelaki : " Anakku, mungkin skrg tlh tiba waktunya utk kamu mencari seorang teman, seorang teman yg sejati, teman yg dapat kamu kongsi segala,dan yg paling penting teman yg bisa kamu ajak bercinta untuk surga ".

ok now, lets start~~~




BERCINTA UNTUK SYURGA


Cinta, seindah gemerlap sang mentari yang melambai di kaki laut tatkala bebintang kian menampakkan diri. Hadir, bukan atas kehendak diri, tetapi atas kehendak-Nya yang Maha Pencipta. Untuk itu sedarilah, cinta itu bukan satu, kerana ia milik Allah, penentu segala, memberi petanda cinta itu rahsia milik-Nya.

telah ku layarkan butiran harapan
di alir sungai kecil air mataku
mengharapkan setitis kepastian
di dalam pencarianku

Harumnya kelopak cinta hanya akan terhidu seandai pelangi ad-din menjadi perhiasaan, dan cinta yang indah pastinya cinta yang menjanjikan syurga di alam sana. Pastinya bagi kita yg bergelar insani, sememangnya mendambakan kebahagiaan dan kebahagiaan itu adalah bebayang bagi yang bernama cinta.

Bercinta untuk syurga?

Ya, bercinta untuk syurga. Sahabatku, biarlah tatkala tangan yang lembut itu, kau sentuh buat pertama kalinya, membuahkan bibit-bibit pahala dan bukannya dosa yang sememangnya lebih hitam dan kelam. Dan sahabatku, biarlah tatkala bibirmu yang mengucup dahinya dan hidungmu yang menghidu wanginya, disisa-sisa hidupmu bersamanya akan menjanjikan bagimu wangian syurgawi dan kucupan sang bidadari. Sungguh sahabatku, semuanya ini janji tuhanmu, tuhanku juga. Dan kita berdua tahu, Dia tidak akan mungkir akan janji-janjinya.

Dan ingin ku ingatkan, semua itu bisa saja menjadi dosa seandainya cincin kalimat belum tersemat di jarinya. Sekiranya itu yang menjadi sasaran nafsumu, nescaya engkau bercinta bukan untuk syurganya. Aku hanya menasihati, selebihnya terserah imanmu, tidakkah engkau ingin gapai kemanisan hidup? Tidakkah ingin kau gapai pesona syurgawi? aku inginkan semua itu, dan aku yakin engkau jua sama.

Setiap yang tercatit dikala engkau bersamanya selepas alam pernikahan, adalah pahala. Gembiranya dia bersama dirimu, adalah pahala. Gurau sendamu bersama dirinya, adalah pahala. Belaianmu pada dirinya, adalah pahala. Sungguh, tidak tertulis olehku disini akan semuanya. Kurniaan-Nya begitu luas. Subhanallah...

Tapi....

Gembira, gurau senda, tidak mungkin akan engkau kecapi sepenuhnya andai semua ini telah pn kau lalui sebelum dirinya halal buat dirimu. Itu kepastian dariku. Dan dikala itu, pudarlah seri hidupmu. Namun, ku tetap akan berdoa memohon kebahagian akan tercurah buatmu, di dalam hidupmu, sepanjang hidupmu.

Untuk itu, marilah kita mengejar syurganya demi kemanisan hidup yang kita idam-idamkan.

Bercinta untuk syurga...


~~~ hasil nukilan hekenawang~~~