Cerita Rumput


Suatu hari bertempat di sebuah kelas, seorang guru agama sedang mengajar berkenaan perkahwinan.. Sedang guru tersebut memberi penjelasan tentang hukum2 serta beberapa perkara utama didalam perkahwinan, seorang murid bertanya " cikgu, mcm mana kita nak tahu samada si dia adalah jodoh kita atau tak? "

gurunya lantas tersenyum dan berkata " awk betul2 nak tau? mcm ni...sekarang boleh tak awak tolong pergi ke padang sekolah, berdiri di hujung padang, kemudian berjalan ke arah hujung padang yg lagi satu...sepanjang awk berjalan, saya nak awk cabut rumput yg awk jumpa sepanjang awk berjalan tu yg awk rasa yg paling cantik,lps tu awk dtg jumpa saya dan tunjukkan rumput tu......"

murid tersebut terpinga2 kerana dia mengharapkan jawapan dari gurunya itu, sebaliknya dia diminta ke padang pula. Tetapi disebabkan rasa hormat, dia ikutkan sahaja apa yg diminta oleh gurunya.

>> 30 minit kemudian <<

Murid tersebut kini kembali ke kelasnya. Gurunya tadi bertanya kepadanya," Mana rumput yg saya minta? " " saya tak dapat cari mana satu yg cantikla cikgu...." balas murid tersebut. " Pada mulanya memang saya dapat cabut satu rumput yg bg saya cantik..tapi..bila saya pandang kedepan, terasa mcm ada lg rumput yg lagi cantik dari yg saya tgh pegang....jadi, saya pn buang rumput yg saya dah cabut tu kemudian teruskan melangkah ke depan....setiap kali saya terjumpa dgn rumput yg cantik, setiap kali tu jugalah saya terasa pasti akan ada rumput yg lagi cantik di depan saya...tanpa saya sedari, saya dah sampai di hujung padang tapi masih tak dapat cari mana satu rumput yg cantik yg dapat memuaskan hati saya..." sambungnya lagi....

Gurunya tersenyum. " Itulah jawapan bg soalan kamu....manusia tidak akan pernah merasa puas dengan apa yg mereka miliki....sekarang awk tahu bilamana awk bertemu dgn seseorang, terimalah dirinya sebaik2nya....jgnlah diikutkan dahaganya hati kerana takut seandainya awk turutkan jua mungkin suatu hari nanti tiada apa pn yg menjadi milik awk"






0 comments: