~~~aWaK~~~


awak...
awak tau tak
sejak hari pertama nmpk awak
saya betul2 tertarik dengan awak


awak...
kalau diikutkan hati saya
saya teringin sangat untuk
selalu keluar makan dengan awak
selalu jalan disisi awak
selalu sms awak
selalu chat dgn awak


tapi awak...
itu kata hati...

awak nak tau kata iman?

iman kata...
semua tu
menghampiri zina
so hukumnya haram
haram tu awak

awak...
awak tau tak
susah sangat bagi saya
untuk terima kata2 iman

saya nak ikut kata hati
taknak ikut kata iman..huhu
sebab saya sayangkan awak
sangat2 sayang
saya tak boleh if
tak tau pape berita dari awak
tak contact awak lebih 2 atau 3 hari
dalam sehari dua tu kita tak berbalas senyuman

tapi awak...
sejak iman bersuara
saya jadi 50/50
tak tau nak ikut mana satu
bila saya nak ikut kata hati
iman bersuara
bila teringatkan kata iman
hati pula berbisik

awak...
hari ni...
saya terbaca satu artikel
dia tulis
kekuatan harus dibina
bukan ditunggu

awak...
saya minta maaf
saya dah tarik kita berdua
ke lembah dosa

awak...
awak tau...
mulanya air mata saya menitis
sebab semua yg selama ni
hati saya inginkan
terpaksa saya tinggalkan

tapi awak...
saya tau yang tindakan saya ni betul
cuma saya perlu kuatkan diri

awak...
sekarang saya dah tak contact awak
tak bermaksud
saya taknak berkawan dengan awk
saya harap awak faham
dan saya harap
awak tak tunggu saya
ingat pesan saya selama ni
jadilah muslimah berbudi ye awak
awakkan dah besar

awak...
jangan ada rasa rindu tau
sebab tu zina hati
saya pun tgh cuba sedaya
untuk tak buat zina hati tu

dan awak...
akhir kata dari saya
semoga Allah ampunkan
dosa-dosa kita dulu...

seandainya telah tertulis
kita berdua akan hidup bersama
suatu hari nanti
tetap akan saya jemput awak
bidadariku...


~~~hasil nukilan hekenawang~~~







MUSLIMAH..INGATLAH...BAHAWA


  • seorang perempuan muslimah tak guna kain yg nipis untuk buat baju bagi dirinya sehinggakan boleh terbayang kulitnya. Sebab dia tahu yg pakaian camtu hanya sesuai utk perempuan jalang.
  • perempuan yg mengatakan ana muslimah memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Perempuan yg tak pakai wangian yg baunya kuat ni tahu bahawa inilah yg di pesan oleh nabi. Nabi junjungan bersabda wanita yg memakai wangian ketika keluar rumah, dirinya adalah seperti pelacur. Bukan nak kata tak boleh wangi-wangi nie, tapi bersederhanalah...ingt tu...
  • perempuan yg berpakaian mengikut syariat islam, tak guna tudung tiga segi. Apabila dipakai, diselempangkan pula sehingga nmpk jelas bentuk apa yg tak sepatutnya pada badannya tu( tudung siput babi ). Kalau dah pakai camtu, for sure jadi tatapan lelaki yg hatinya tak tahan melawan godaan syaitan. Suka eh mcm tu? Perempuan yg prihatin tahu tudung yg dipakai tu mesti dilabuhkan menutup alur leher dan tidak menampakkan bentuk didadanya. Ntahla betul ke tak apa yg saya cakap utk point ni, tp saya cakap base on surah Al-Ahzab ayat 59...salah ke saya ni ye? And bagi lelaki plak, kalau dah bergelar suami, kita kene tegur isteri dan anak-anak kita.
  • perempuan yg mengaku beragama islam tak guna rantai dikaki yg berloceng. Walaupun tersembunyi, gemerincingnya menarik perhatian org lain, tambah-tambah lelaki JAHAT. Dia tahu kalau dia pakai juga maksudnya dia dah langgar larangan Allah dalam surah An-Nur ayat 31.
  • Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda insan yg bernama lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentok tu menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) ada dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang mcm nie"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya. Percayalah wahai muslimah....tak tipu nie tau tak
  • perempuan yg jaga maruah islam, dia tak guna alat make-up. Rasanya dah bnyk kali dengarkan? yg kecantikan seorang hawa itu hanyalah utk tontonan insan yg bergelar SUAMI. Tu hak ekslusif suami. Bukan utk orang lain, even pakwe. Kalau nak kluar, dia just bersederhana je dalam pemakaian make-up, seolah-olah orang tak perasan pn yg dia bersolek. Nak pakai gincu? pakai je la lipbalm, hish....
  • perempuan islam ni tak guna tudung yg jarang-jarang , jarang mcm jala org tangkap ikan tu...hihi... Sebabnye kalau pakai tudung yg mcm ni, akan nmpk juga bahagian yg sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, so jgn biar mahkota tu jadi tak bernilai dengan membiarkan ia jelas pada pandangan mata-mata yg tak sepatutnya. Mahota yg berharga disimpan di bilik yg selamat dan diletak pula penjaga utk menjaganya, so mcm tu jugalah rambut wanita. Bilik itu ibarat kain yg meliputi, dan pengawal atau penjaga pula ibarat ilmu yg ada yg diamalkan utk memakainya dgn baik.
>>jadilah perempuan Islam dan muslimah yg BERGUNA<<

~~~ so? ada komen? ~~~
~~~ hekenawang ~~~


"Untukmu"
~~~renungan bkn sekadar utk korang, tp juga buat diriku terutamanya~~~


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.





Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:

Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk
."


"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Begini, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."

Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

SENDING..

MESSAGE SENT

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.




Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar.

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.
Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "


Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.

TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA..
.

[ rasa tak mcm yg dia rasa? kalau tak tu meaning kita dh jauh sgt2 tersasar dari jalan-Nya ]
[ oh ye, jgn plak bila baca artikel ni, korang ingt golongan adam je yg kene cakap camtu, hehe]
[ ingt, kekuatan tu tidak boleh ditunggu, tapi perlu di bina ]

~~~now i know~~~
~~~hekenawang~~~



RAMA-RAMA & BIDADARI DUNIA


Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yg bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2 sampai hati sesama sendiri.


Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.

Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai ! hanya lelaki yg tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai alat. Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.
!
Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN...

[ emmm, ada 2,3 orang kawan aku, girl, diorang cakap nak cari lelaki yg baik skrg nie mmg susah, kalau perempuan, ramai je baik2,...diorang cakap sama mcm apa yg tulis dlm artikel nie ]
rasanye betul je kan? hihi...agaknye sbb lelaki makin kurang kot,sbb tu susah nak jumpa...haha
~~~artikel nie dicopy, dipaste, diedit, pasti dipublish~~~
haha
~~~hekenawang~~~

DUHAI PERMATAKU

Duhai insan yg tersayang.....

tahukah engkau betapa mendalamnya kasihku terhadapmu? Sungguh...aku mengaku, di usiaku yg kini di alam remaja, ungkapan sayang itu sungguh sukar untukku lafazkan dihadapanmu,entah kenapa...tapi jauh didalam hati sanubariku ingin sekali untukku berbuat demikian...sungguh aku takut duhai permataku, takut seandainya "kehilangan" menggantikan ungkapan yg terpendam ini...sungguh tiada gunanya lagi air mata di kala itu...aku sangat-sangat merinduimu...

masih ingt lagi seketika dulu sewaktu kita berbalas surat tapi pada hakikatnya kita serumah, bkn apa sekadar ingin bermanja denganmu duhai permata....tapi itu dulu,dulu sewaktu aku baru mula menjejakkan kaki di alam persekolahan...dan kini, ingin sekali aku mengatakan padamu bahawa keinginanku utk bermanja denganmu sedikit pn tidak terhakis dek arus masa yg menerjah sehari-hari,malah rinduku terhadapmu kini semakin meninggi....

ingin sekali untukku menatap matamu sedalam-dalamnya meluahkan apa yg tersirat di lubuk hati yg selama ini terpendam...menzahirkan rasa cintaku dan kasihku yang teramat terhadap dirimu...

masih terimbau kenangan sewaktu dulu, di saat kita bergelak ketawa bersama, duduk bersama di bawah pohon diluar rumah, berjalan bersama, makan bersama, masak bersama-sama...semuanya terlalu indah buatku,rindunya...dan kini...di usia yg semakin menjamah, sedikit sekali ruang yg ada buat diriku untuk berada disampingmu...sungguh aku tidak mahu kenangan-kenangan ini bertabur bersama butir-butir kerinduanku....ya Allah,berikanlah aku peluang dan kekuatan untuk itu....jangan Engkau biar air mataku mengalir kerana kekesalan, biarlah ia mengalir kerana rindu.....

Duhai insan yang tercinta....

kini aku semakin dewasa, dan baru kini dapat aku rasai betapa pengorbanan dan keperitan yg engkau lalui sewaktu dulu tidak mampu aku balas meski dengan kucupan, pelukan serta ucapan kasih sayangku terhadapmu...sungguh tidak dapat aku fikirkan perkara yg setanding didunia ini yg dapat membalas semua itu....

............
..................

Duhai permataku.......

tanpa kusedari, air mataku bergenang dan jatuh mengalir ke pipi....

...........
.................

maafkan diriku....
maafkan diriku....
maafkanlah diriku....

ampunkan diriku kerana selama ini memberi bebanan buatmu...sungguh aku sedar kini bahawa senyuman manismu dulu sebenarnya menyembunyikan segala kepenatan serta keperitan semata-mata utk kebahagian anak-anakmu ini....membuatkan setiap saat dan detikku di kala itu terasa begitu indah dan asyik.....dan kini aku berjanji, biarlah aku pula menanggung segala, agar dapat engkau rasai kebahagian sebagaimana yg pernah engkau berikan padaku dulu....tapi aku sedar, ianya sedikit pn tidak terbanding dengan segala yg pernah engkau lakukan untukku dari dulu hinggalah kini....tapi tidak mengapa...melihat dirimu bahagia, pasti menitiskan air mata kebahagiaan di hatiku dan sungguh ianya begitu bermakna buat diriku.....

Duhai intan tersayang...

Engkau pernah berkata padaku bahawa aku seorang anak yg baik, mendengar kata...sungguh sedikit pn aku tidak merasa bangga, kerana aku tahu, aku sedar....aku pernah tersilap......aku pernah derhaka.....aku pernah melawan kata-katamu.....dan baru kini aku sedar semuanya.....yg ianya pasti memberi garis luka di hatimu yg suci itu....hati yg tidak patut aku perlakukan sedemikian kerana ia milik insan yg pernah bermandi peluh membawaku selama 9 bulan bersamanya, yg pernah meredakan tangisku di malam buta dikala ramai terbuai dengan mimpi-mimpi indah....ya Allahhhhh...mengapakan aku sanggup, sanggup bersikap sebegitu terhadap dirinya, sungguh aku berdosa....

Meski keampunan telah pn engkau lafazkan, tetapi diriku masih tak henti-henti menyalahkan diri sendiri akan perbuatan lampau....dan meskipun diriku sendiri sering meminta ampun darimu, masih tidak terasa lafaz keampunan itu dapat menyelimuti besarnya kesalahanku terhadapmu....


Duhai permataku...

aku tidak sanggup menghadapi hilangnya dirimu...
dan kini sekali lagi....
maafkanlah diriku, anakmu
sesungguhnya aku sangat-sangat menyayangimu
tiada yg terindah didunia dapat menggantimu
pilihan yg terbaik sekalipun takkan dapat mengisi relung hatiku.............



~~~hekenawang~~~


Cerita Rumput


Suatu hari bertempat di sebuah kelas, seorang guru agama sedang mengajar berkenaan perkahwinan.. Sedang guru tersebut memberi penjelasan tentang hukum2 serta beberapa perkara utama didalam perkahwinan, seorang murid bertanya " cikgu, mcm mana kita nak tahu samada si dia adalah jodoh kita atau tak? "

gurunya lantas tersenyum dan berkata " awk betul2 nak tau? mcm ni...sekarang boleh tak awak tolong pergi ke padang sekolah, berdiri di hujung padang, kemudian berjalan ke arah hujung padang yg lagi satu...sepanjang awk berjalan, saya nak awk cabut rumput yg awk jumpa sepanjang awk berjalan tu yg awk rasa yg paling cantik,lps tu awk dtg jumpa saya dan tunjukkan rumput tu......"

murid tersebut terpinga2 kerana dia mengharapkan jawapan dari gurunya itu, sebaliknya dia diminta ke padang pula. Tetapi disebabkan rasa hormat, dia ikutkan sahaja apa yg diminta oleh gurunya.

>> 30 minit kemudian <<

Murid tersebut kini kembali ke kelasnya. Gurunya tadi bertanya kepadanya," Mana rumput yg saya minta? " " saya tak dapat cari mana satu yg cantikla cikgu...." balas murid tersebut. " Pada mulanya memang saya dapat cabut satu rumput yg bg saya cantik..tapi..bila saya pandang kedepan, terasa mcm ada lg rumput yg lagi cantik dari yg saya tgh pegang....jadi, saya pn buang rumput yg saya dah cabut tu kemudian teruskan melangkah ke depan....setiap kali saya terjumpa dgn rumput yg cantik, setiap kali tu jugalah saya terasa pasti akan ada rumput yg lagi cantik di depan saya...tanpa saya sedari, saya dah sampai di hujung padang tapi masih tak dapat cari mana satu rumput yg cantik yg dapat memuaskan hati saya..." sambungnya lagi....

Gurunya tersenyum. " Itulah jawapan bg soalan kamu....manusia tidak akan pernah merasa puas dengan apa yg mereka miliki....sekarang awk tahu bilamana awk bertemu dgn seseorang, terimalah dirinya sebaik2nya....jgnlah diikutkan dahaganya hati kerana takut seandainya awk turutkan jua mungkin suatu hari nanti tiada apa pn yg menjadi milik awk"








"Tentang Cinta"

ustaz cakap,if nak cari si 'dia'
make sure pada pandangan kita takde insan lain yg dapat menandingi dia
let say kita letak dia di antara ramai2 miss world pn
still pandangan kita tetap tertarik dekat dia

imam nawawi pernah berkata
aku mencintaimu kerana agamamu
jika hilang agamamu
maka hilanglah cintaku padamu

dalam al-quran
al-hubb yakni cinta
disebut sebanyak 88 kali
membuktikan cinta itu penting

peganganku..
sesungguhnya cinta Allah itu
lebih
dari cinta antara seorang insan dengan insan yg lain
untuk itu jgnlah bersedih

cinta itu kurniaan Ilahi
berpeganglah kepadanya sedaya yg termampu
dan lepaskanlah ia
selama mana bila merasa
ianya memang tidak mampu lagi untuk dipertahankan

cubalah sedaya
agar cinta itu dirahmati-Nya
kerana
di dalam agama itu
ada kemanisannya yg tersendiri
yg tersembunyi
yg menjanjikan kebahagian hakiki

dimana terciptanya cinta
maka disitulah rindu bermula

cantiknya si dia
bukan sekadar pada pandangan mata
tetapi harus juga
pada pandangan mata hati
kerana disitulah petanda adanya cinta suci

cinta itu menjadi sembilu
bila mana
mata bertemu mata
bahu bertemu bahu
tangan bertemu tangan
kerana disitulah petanda iman dilukai
maruah diketepi
demi
dibuai angan dan mimpi
hati nurani sang duniawi


>> ini yg dapatku ungkap tentang cinta<< ~~~hekenawang~~~
(p/s: sorry inteam,curik 2 ketul ayat,hihi, 2 je, yg lain2 ayt sendiri)


salam...
waaa...lamanya aku tinggal blog ni...utk post kali ni juz nak buat update bout myself...

rite now i'm at indonesia,sambung blaja dalam bidang medic after buat foundation kat KUTPM...
life is still da same,x bnyk berubah....
skrg minggu exam,hopefully everything will be fine....
ha, EURO baru start ni, tp hampeh punye ASTRO indon,dia tak tayang!!! adoi3
semangat je tunggu...huhu...
maybe post2 seterusnya aku letak pic bandung ni,setakat ni still xde idea nak tulis ape, so i guess tu je la setakat nie....

salamzzz..........